Mengulas ancaman kumpulan pengodam ‘Anonymous Malaysia’ untuk bertindak ke atas kira-kira 150 laman web kerajaan pada 29 Ogos ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya tidak memandang ringan perkara itu.
Katanya, polis percaya pengumuman itu bukannya dibuat dari negara ini dan juga belum dapat memastikan kerakyatan ‘Anonymous Malaysia’.