Sudan akan menghantar dutanya kembali ke Mesir pada Isnin. Menteri Luar Sudan, Ibrahim Ghandour memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas dua bulan memanggil pulang duta mereka susulan ketegangan kedua-dua negara.