Pertandingan Siswasat 2019 adalah pertandingan yang melakukan simulasi pelancaran satelit yang lengkap dengan fungsi satelit sebenar. Peserta dibenarkan menentukan misi mereka sendiri dan akan diadili berdasarkan ketepatan melakukan pendaratan sempurna selepas satelit bersaiz tin minuman itu mengumpul data-data yang dikehendaki.