Surprise Me!

Siaran perlawanan Arsenal di China ditarik gara-gara kritikan Ozil

2022-03-17 0 Dailymotion

Gara-gara tindakan pemain tengah Arsenal, Mesut Ozil menyuarakan sokongan terhadap etnik Uighur di Xinjiang, sebuah stesen penyiaran China menarik balik siaran langsung perlawanan antara Arsenal dan Manchester City daripada programnya.
Ozil dalam kemaskini di laman Twitter pada Jumaat melahirkan rasa kesal susulan operasi kejam China terhadap minoriti Muslim di negara itu.