Kerajaan akan melaksanakan projek rintis pembelajaran Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) selama lima hari seminggu berbanding tiga hari sahaja sekarang.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata projek rintis itu akan melibatkan tujuh sekolah kebangsaan setiap negeri dengan tempoh pelaksanaan selama setahun.