Tarikh peperiksaan pusat dan lain-lain peperiksaan di bawah kendalian Kementerian Pendidikan (KPM) untuk tahun ini dijadual semula berikutan tempoh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini.
KPM dalam kenyataan pada sabtu memaklumkan, penjadualan semula dibuat setelah meneliti keadaan semasa dan memastikan semua kurikulum mata pelajaran itu dapat diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.