Majoriti pelajar Universiti Putra Malaysia, UPM mahu menjalani kuarantin di rumah masing-masing berbanding terus tinggal di kampus sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, PKP.
Menurut Timbalan Naib Yang Dipertua Kebajikan dan Infrastruktur, Majlis Perwakilan Pelajar UPM, Khairul Amirin Khairudin, dapatan itu diperolehi hasil bancian yang dilakukan terhadap lebih 2000 pelajar UPM yang berada di kampus Serdang dan Bintulu.