Menurut Presiden Dewan Perdagangan Digital Malaysia, Chris Wong, dalam keadaan terdesak ramai pengusaha telah mengubah perniagaan dalam talian namun mereka perlu dibimbing untuk menyesuaikan diri dengan normal baharu.
Terdahulu, beliau memberitahu, sepatutnya tidak menjadi sebarang isu kepada pihak bank meluluskan permohonan pinjaman pengusaha kerana ia mendapat jaminan daripada kerajaan dan Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC).