Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, orang ramai perlu amalkan S (syarat PKP), O (orang berisiko tinggi perlu dilindungi) dan P (penjarakan sosial) manakala 3C iaitu kawasan yang sesak (Crowded place), kawasan yang sempit (Confined space), bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
3W pula iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), digalakkan memakai alat penutup hidung dan mulut (face mask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran peringatan.