Polis menahan seorang lagi individu bagi membantu siasatan berkaitan kes culik dan bunuh seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri'. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata individu tersebut yang dikehendaki polis sebelum ini ditahan pukul 7.30 petang semalam di Bukit Sentosa, Kuala Kubu Baru atas maklumat orang awam.