Wartawan sama ada tempatan atau antarabangsa mempunyai kebebasan untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengamal media.
Namun Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menegaskan, kebebasan itu perlu berlandaskan undang-undang dan mengambil kira kepelbagaian bangsa di Malaysia.
Katanya, Polis Diraja Malaysia sentiasa bertindak adil termasuk melibatkan kes agensi berita antarabangsa Al Jezeera baru-baru ini yang dilihat memburukkan imej Malaysia menerusi dokumentari cara negara ini mengendalikan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).