Surprise Me!

Pencemaran sungai: Ganjaran kepada pemberi maklumat - MB Selangor

2022-03-20 0 Dailymotion

Kerajaan Negeri Selangor sedia menawarkan ganjaran kepada mana-mana pihak yang memberi maklumat berhubung pencemaran sungai yang menjejaskan bekalan air mentah di Sungai Semenyih.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, tindakan itu dilakukan memandangkan pencemaran sungai itu memberi impak besar kepada pengguna terutama di negeri itu.