Para pemimpin dan industri dari 21 anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) bakal berkongsi pandangan serta hala tuju ekonomi rantau ini berkait cabaran dan impak pandemik COVID-19 menerusi Dialog CEO APEC yang bermula pagi ini.
Program selama dua hari dengan tema 'APEC Re-Imagined: Priorities in the Aftermath of COVID-19,' akan menumpukan perbincangan terhadap cabaran ketara rantau ini serta dunia dan bentuk kerjasama kerajaan mahu pun sektor swasta untuk memacu pertumbuhan berikutan pandemik itu.