Mahkamah Sesyen Butterworth menetapkan 19 Februari depan untuk pengurusan kes rasuah bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, isterinya, Betty Chew dan ahli perniagaan Phang Li Koon.
Hakim Ahmad Azahari Abd Hamid membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan dan pembelaan memohon kepada mahkamah untuk melengkap dokumen berkaitan kes tersebut sebelum diserahkan kepada pihak mahkamah .