Bersatu masih terbuka untuk terus mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan mana-mana parti mengenai kerjasama pada PRU15, kata Presidennya Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin dalam sidang medianya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pemulihan Negara berkata, bagaimanapun ia terserah kepada keterbukaan parti-parti lain untuk berbuat demikian.