Banjir yang semakin pulih di Dungun memberi peluang kepada sebahagian penduduk membersih kediaman mereka. Tinjauan di Kampung Shukor, mendapati penduduk mula mengemas serta memunggah peralatan yang rosak selepas ditenggelami air.