Surprise Me!

45 termasuk penghuni kuarters dipindah ke kawasan selamat

2023-04-26 9,393 Dailymotion

45 termasuk penghuni kuarters dipindah ke kawasan selamat

BERITA SEMASA 26 APRIL 2023

Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) telah mengosongkan seluruh kawasan akademi itu dengan memindahkan seramai 45 individu susulan kejadian tanah runtuh di pintu masuk utamanya pada kira-kira jam 1.30 tengah hari Selasa.

SPRM dalam kenyataan malam Selasa memaklumkan, individu terbabit yang terdiri daripada 22 pegawai, 16 pekerja pembersihan dan tujuh penghuni kuarters termasuk keluarga pegawai telah selamat dipindahkan dari bangunan MACA ke kawasan selamat.

Ketika kejadian, seramai 76 orang terdiri daripada 36 lelaki dan 40 wanita yang merupakan petugas pentadbiran MACA dan Institut Integriti Malaysia, yang terletak bersebelahan akademi itu berdepan detik cemas selepas berlaku runtuhan tanah di kawasan tersebut namun mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kejadian itu melibatkan kawasan di depan pintu akademi milik SPRM dan meruntuhkan sebuah pondok kawalan dengan keluasan tanah runtuh dianggarkan 30.48 x 36.57 meter persegi.

Artikel: https://bit.ly/447hakH

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian