Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB), Mohammad Rizan Hassan berkata masih banyak institusi pengajian tinggi masih menawarkan program-program dan kursus-kursus yang tidak lagi relevan dalam konteks pasaran kerja semasa. Sepatutnya, program-program sedemikian dihentikan sama sekali atau sekurang-kurangnya ditambahbaik dengan elemen teknologi dan digitalisasi.