Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan bahawa siasatan yang dilakukan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bukanlah satu tindakan yang dilakukan atas dasar dendam politik.
Sebaliknya, menurut beliau, ianya dilakukan mengikut lunas undang-undang dan profesional oleh pihak berkuasa.