Tidak mungkin ada pihak yang mampu masuk ke kompartmen 12 di Bukit Enggang, Sik dan membawa keluar unsur nadir bumi (REE) dari tanah milik Perbadanan Menteri Besar (MBI) tanpa pengetahuan anak syarikat kerajaan negeri tersebut.
Itu penegasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Jelas beliau, untuk sampai ke lokasi itu juga, empat pagar keselamatan perlu yang berpengawal perlu dilalui.