Kejayaan India yang dianggap ‘menakjubkan’ dalam menyediakan liputan digital di kawasan pendalaman negara itu, harus dicontohi dan dipelajari negara ASEAN, khususnya Malaysia.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan pencelahan sempena Persidangan Kemuncak ASEAN-India ke-20 pada Khamis berkata, beliau berpandangan India perlu memainkan peranan untuk meningkatkan liputan digital di rantau ini.