Surprise Me!

MYAirline sedia laksana proses pemulangan wang tiket

2023-10-12 1 Dailymotion

Syarikat penerbangan MYAirline memohon maaf atas tindakan mereka mengeluarkan notis penggantungan operasi dengan mendadak, sehingga menyebabkan sebilangan besar penumpang tidak mendapat maklumat dalam tempoh masa yang mencukupi.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, ia berkata, susulan masalah kewangan yang mendalam, MYAirline tidak mampu menawarkan sebarang pilihan pemulihan segera kepada penumpang yang terkandas di lapangan terbang.