Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kenyataan PAS tidak menolak akan kembali bekerjasama dengan UMNO menerusi Perikatan Nasional (PN) sebagai mimpi di siang hari. Tegas Ahmad Zahid, kenyataan terbaharu Timbalan Presiden PAS berhubung kerjasama dua parti itu ibarat 'gila talak'.