Johor Darul Ta’zim (JDT) membawa khabar gembira buat peminat bola sepak tempatan apabila berpotensi beraksi dalam saingan piala dunia persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) 2025.
Ia selepas badan induk antarabangsa itu menyenaraikan skuad Harimau Selatan antara 12 kelab terbaik Asia untuk bersaing merebut slot ke saingan yang juga dikenali Mundial De Clubes FIFA, dijadualkan berlangsung di Amerika Syarikat pada 2025.