Kewujudan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang semakin mendapat perhatian dunia, tidak mustahil mengubah pola pekerjaan sehingga menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Namun menurut Pensyarah Jabatan Kepintaran Buatan, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Aznul Qalid Sabri, industri pintar yang sedang berkembang pesat itu juga dilihat akan memangkin transformasi peluang pekerjaan baharu dalam kalangan manusia berkaitan AI.