'Earth Hour' yang disambut di seluruh dunia setiap tahun membawa mesej yang cukup besar buat masyarakat untuk menjaga kelestarian nadi bumi. Langkah ini seharusnya bermula di peringkat paling asas, iaitu memahami serta menjiwai 'denyut' alam.Krew Astro AWANI tidak ketinggalan menyertai langkah untuk meningkatkan lagi kesedaran betapa pentingnya mencipta ruang harmoni antara manusia dan hidupan liar.