KDNK Malaysia dijangka berkembang 5.8 peratus pada suku tahun kedua 2024, meningkat daripada 4.2 peratus pada suku tahun sebelumnya. Pertumbuhan yang dicatatkan ini adalah yang tertinggi semenjak suku keempat 2022 (7.4%). Bagi separuh pertama tahun 2024, KDNK meningkat 5.0 peratus berbanding 4.1 peratus pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.