Surprise Me!

Mahkamah Switzerland tidak sebut penglibatan Najib dalam dakwaan

2024-09-02 41 Dailymotion

Peguam bela Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Mahkamah Tinggi pada Isnin, Mahkamah Switzerland tidak membuat dapatan Jho Low pernah mewakili Najib.

Muhammad Shafee berkata, Mahkamah Jenayah Persekutuan Switzerland pada 28 Ogos lalu, tidak pernah menyebut mengenai pembabitan Najib dalam keputusannya terhadap dua pegawai eksekutif di PetroSaudi International Ltd (PSI), Patrick Mahony dan Tarek Obaid.