Surprise Me!

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan tiga kenderaan

2025-02-28 62 Dailymotion

Seorang lelaki berusia 46 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Persiaran Jenjarum, Bukit Sentosa, pada malam Khamis

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, memaklumkan bahawa kejadian berlaku sekitar jam 8.40 malam ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di sebuah kilang.