"Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan bahawa video tular yang mendakwa lagu 'Negaraku' dinyanyikan dalam bahasa lain adalah tidak benar. Lagu yang dinyanyikan sebenarnya adalah 'Allah Lanjutkan Usia Sultan', lagu kebesaran negeri Perak. KPM menasihatkan masyarakat agar tidak terpengaruh dengan maklumat yang mengelirukan dan mengancam perpaduan negara."