"Selepas seminggu insiden kebakaran dan letupan saluran gas di Putra Heights, usaha menstabilkan kawasan 'ground zero' masih mencabar akibat hujan. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, menyatakan bahawa beberapa fasa pemulihan perlu dilakukan sebelum siasatan menyeluruh dapat dijalankan. Proses pemeriksaan keselamatan di kediaman terjejas juga telah selesai dengan 220 rumah disahkan selamat."