Mufti Pahang, Prof Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim, menyatakan bahawa pencerobohan tanah termasuk dalam kategori merampas hak orang lain secara zalim yang diharamkan oleh syarak.
Tindakan ini mencabuli prinsip penjagaan harta (Hifz al-Mal) dalam Maqasid al-Syariah dan mencabar peranan pemerintah dalam memelihara keadilan dan kemaslahatan ummah.