Surprise Me!

Peniaga 'berlakon' konon tak tahu jual barang kawalan kena ada lesen

2025-04-17 1,550 Dailymotion

Peniaga 'berlakon' konon tak tahu jual barang kawalan kena ada lesen

Taktik licik seorang peniaga runcit serta restoran di Brickfields yang berpura-pura tidak mengetahui keperluan memiliki lesen sah untuk menjual barang kawalan terbongkar apabila siasatan mendapati premis itu telah beroperasi lebih setahun pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuralif Mohd Zoki.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd Shahran Mohd Arshad berkata, siasatan mendapati pemilik premis menggunakan alasan kononnya mereka 'baru berniaga' bagi mengelak daripada dikenakan tindakan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/723327/berita/semasa/peniaga-berlakon-konon-tak-tahu-jual-barang-kawalan-kena-ada-lesen

#SinarHarian #BeritaSemasa #jualbarabgkawalantanpalesen #KPDN