Surprise Me!

Lelaki Nigeria nafi gigit telinga polis hingga putus

2025-04-30 5,644 Dailymotion

Lelaki Nigeria nafi gigit telinga polis hingga putus

Seorang penuntut kolej swasta warga Nigeria mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Rabu, atas tiga pertuduhan antaranya menggigit telinga kiri seorang anggota polis hingga putus, pada Jumaat minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Okenyehike Kelvin Obianke, 38, didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/725910/berita/semasa/lelaki-nigeria-tidak-mengaku-bersalah-gigit-telinga-polis-hingga-putus

#SinarHarian #BeritaSemasa #gigittelingapolis #mahkamah