Seorang tokoh perniagaan bergelar Tan Sri disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pengubahan wang haram membabitkan pemilikan saham Sapura Energy Berhad (SEB) bernilai RM500 juta.
Menurut sumber, siasatan turut menjurus kepada dakwaan rasuah berkaitan pelaburan yang dibuat selepas penggabungan Sapura Kencana Petroleum Berhad dan Sapuracrest Petroleum Berhad, yang kemudian dikenali sebagai SEB.