Mayat seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemukan tersangkut pada batu di Sungai Klang berhampiran sebuah kedai tomyam di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 2.05 petang berhubung penemuan objek seakan-akan mayat bayi.