Surprise Me!

Bursa Malaysia dijangka tidak menentu minggu ini: FBM KLCI & sentimen global jadi tumpuan

2025-05-19 38 Dailymotion

Dagangan di Bursa Malaysia dijangka tidak menentu minggu ini walaupun disokong oleh sentimen global yang semakin baik. Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian, Mohd Sedek Jantan, menjelaskan bahawa FBM KLCI kekal dalam prospek konstruktif jangka pendek, disokong oleh pengukuhan Ringgit, aliran masuk asing, dan ketegangan perdagangan AS-China yang semakin reda. Namun, pelabur perlu bersedia menghadapi ketidaktentuan susulan pengumuman dasar monetari oleh bank pusat di Australia, China dan Indonesia. Saksikan analisis penuh mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi pasaran minggu ini.