Di sebalik spekulasi peletakan jawatan daripada Kabinet selepas pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli dilihat tenang hadir menjalankan tugas di Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pagi ini.
Menteri Ekonomi itu dilihat menghadiri Sidang Kemuncak Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei Darussalam - Indonesia - Malaysia - Filipina (BIMP - EAGA) ke 16 yang bermula pada jam 8 pagi.
#AWANInews