Isu penguatkuasaan dan subsidi LPG komersial mencetus keresahan dalam kalangan pengusaha kecil dan sederhana apabila tiada libat urus menyeluruh dijalankan. Pengerusi Yayasan Usahawan Malaysia, Datuk Nitesh Malani, berpandangan, kekeliruan berlaku kerana pihak industri tidak diberikan penjelasan jelas mengenai rasional serta garis panduan yang ditetapkan.