Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menegaskan tiada data peribadi pengguna dikumpul, diproses atau didedahkan oleh syarikat telekomunikasi tempatan.
Menurut kenyataan MCMC, pengumpulan data telefon pintar atau Mobile Positioning Data (MPD) hanya digunakan bagi tujuan statistik kebangsaan untuk sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta pelancongan.
Di bawah sektor ICT, data digunakan bagi menghasilkan statistik langganan jalur lebar mudah alih aktif dan kadar penembusan mengikut kawasan.
#SinarHarian #beritasemasa #SKMM #ICT #KarnivalSiangMalam