Surprise Me!

Ringgit dijangka diniagakan mendatar minggu ini menjelang mesyuarat Fed

2025-06-16 11 Dailymotion

Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu ini antara 4.22 hingga 4.24 berbanding dolar AS, didorong oleh kebimbangan inflasi global dan ketidaktentuan geopolitik. Pelabur kekal berhati-hati menjelang mesyuarat FOMC serta perkembangan kadar faedah oleh bank pusat utama dunia. Ketegangan antara Israel dan Iran turut melonjakkan permintaan terhadap dolar AS sebagai aset selamat, menekan prestasi ringgit.