Surprise Me!

Naim Daniel tak mengaku amang seksual remaja

2025-06-17 83,594 Dailymotion

Naim Daniel tak mengaku amang seksual remaja

Penyanyi Naim Daniel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa atas satu pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang remaja perempuan berumur 17 tahun, bulan lalu.

Naim atau nama sebenarnya Muhammad Na'im Daniel Baharin, 28 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datin M Kunasundary dalam prosiding yang dijalankan secara tertutup.

Mengikut pertuduhan, penyanyi lagu 'Sumpah' itu didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang remaja perempuan berumur 17 tahun tujuh bulan, bagi tujuan seksual, di sebuah hotel pada jam 8.56 malam, 19 Mei lalu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/734158/berita/semasa/amang-seksual-naim-daniel-berdepan-penjara-20-tahun-sebatan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #amangseksual #NaimDaniel