Agensi berita Iran, WANA menyiarkan video pada Rabu (18 Jun) yang didakwa menunjukkan lebih banyak peluru berpandu dilancarkan oleh Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) ke arah Israel.
WANA memaklumkan bahawa tiada lokasi atau tarikh khusus diberikan untuk video yang menunjukkan peluru berpandu berlepas dan terbang di udara. #AWANInews