Surprise Me!

Lima pelajar MRSM direman kes buli pelajar Tingkatan Dua

2025-06-27 34,778 Dailymotion

Lima pelajar MRSM direman kes buli pelajar Tingkatan Dua

Lima pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) direman selama tiga hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan berhubung kes buli melibatkan seorang pelajar Tingkatan Dua di sebuah MRSM di Besut, Terengganu, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Perintah reman terhadap kesemua pelajar lelaki berusia antara 15 hingga 17 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar, Yuhanis Mohd Roslan di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, pada Jumaat.

Suspek terdiri daripada empat pelajar Tingkatan Tiga dan seorang Tingkatan Lima itu ditahan reman sehingga Ahad bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/735894/berita/semasa/lima-pelajar-mrsm-direman-kes-buli-pelajar-tingkatan-dua

Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #reman #kesbuli #MRSM #buli