Surprise Me!

Waris sahkan 6 mayat dalam kereta ialah sekeluarga yang hilang

2025-07-07 36,008 Dailymotion

Misteri kehilangan enam beranak sejak Sabtu lepas akhirnya terjawab apabila waris mengesahkan mayat yang ditemukan di dalam kereta yang berada di dalam Sungai Korok di Kampung Kemboja, Jitra ialah keluarga terbabit, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

Mangsa ialah pasangan suami isteri Mohamad Azim Izat Ishak, 32, Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, serta anak mereka Putra Rayyan Nur Izat, 9, Hawa Adriana, 8, Nayla Huma'ira, 7, dan Tuah Haidar, 6 bulan.

Adik kepada Mohd Azim Izat, Muhammad Adlan Solehin Ishak, 24, berkata, dia dan ahli keluarga yang lain sudah berusaha mencari mangsa sejak dua hari lalu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/737453/berita/semasa/waris-sahkan-6-mayat-dalam-kereta-ialah-sekeluarga-yang-hilang

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #keretaenamberanakditemui #enamberanakditemui #SungaiKorok #KarnivalSiangMalam