Surprise Me!

Gunung Lewotobi Laki-laki di Nusa Tenggara Timur Muntahkan Abu Tebal Disertai Dentuman Kuat, Ganggu Penerbangan dan Pelancong Diarah Jauhi Radius 6 Kilometer

2025-07-07 112 Dailymotion

Gunung Lewotobi Laki-laki di Nusa Tenggara Timur memuntahkan abu tebal setinggi 18 kilometer ke udara pada Isnin selepas letusan "eksplosif", menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi, Indonesia.

Letusan tersebut, yang menurut agensi itu disertai dengan bunyi dentuman kuat, berlaku hampir sebulan selepas gunung berapi itu meletus dan memuntahkan abu setinggi 11 kilometer, yang menyebabkan pembatalan penerbangan masuk dan keluar dari pulau Bali yang berhampiran.

Status tahap amaran Gunung Lewotobi Laki-laki kekal pada tahap paling tinggi pada hari Isnin dengan amaran kepada pelancong supaya menjauhi kawasan dalam radius 6 kilometer dari gunung berapi itu dan menjauhkan diri dari aliran lava yang dijangka berlaku di kawasan tersebut.
#AWANInews