Surprise Me!

Pembantu pengarah didakwa tipu urusan sarung tangan bernilai RM5.1 juta

2025-07-08 3,258 Dailymotion

Pembantu pengarah didakwa tipu urusan sarung tangan bernilai RM5.1 juta

Seorang pembantu pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa, atas satu pertuduhan menipu urusan pembekalan sarung tangan mencecah RM5.1 juta, lima tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

P Dinesh, 36, yang juga bekerja di sebuah restoran, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu bersama pengarah syarikat Aspen Broadway Sdn Bhd yang sebelum ini telah dituduh di mahkamah, didakwa menipu seorang wanita supaya mempercayai bahawa 150,000 kotak sarung tangan jenis ‘Coats Nitrile Examination’ berjenama Hartalega telah sedia ada di sebuah gudang.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/737633/berita/semasa/pembantu-pengarah-didakwa-tipu-urusan-sarung-tangan-bernilai-rm51-juta

Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com

---------------------------------------------

Jom ke Karnival Siang Malam Karangkraf! 🎉
📅 25–27 Julai
🕘 9 pagi – 12 tengah malam
📍 Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah