Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Sabtu mengumumkan bahawa barangan import dari Kesatuan Eropah (EU) dan Mexico akan dikenakan tarif sebanyak 30 peratus bermula 1 Ogos. Pengumuman itu dibuat menerusi surat rasmi yang disiarkan di platform media sosial beliau.