Solat Jumaat kali pertama di Kampung Orang Asli Suku Kensiu
Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) mengisytiharkan solat Jumaat buat kali pertama dilaksanakan di Surau Nurul Hidayah Kampung Orang Asli Lubuk Legong di Baling sekali gus memberi kemudahan kira-kira 100 penduduk lelaki komuniti tersebut, lapor wartawan Sinar Harian Siti Zubaidah Zakaraya.
Setiausaha MAIK, Datuk Dr Abdul Ghani@Zulkifli Zainuddin berkata, keputusan itu sudah tentu khabar gembira buat satu-satunya komuniti Orang Asli Suku Kensiu di Malaysia dalam usaha memudahkan pelaksanaan kewajiban mereka.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/738212/edisi/utara/solat-jumaat-kali-pertama-di-kampung-orang-asli-suku-kensiu
Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #SolatJumaat #SukuKensiu #Maik #Baling #orangAsli