Surprise Me!

SPRM tumpas sindiket elak cukai eksport hampir RM1 bilion

2025-07-15 28 Dailymotion

Negara mengalami kerugian hasil cukai eksport dipercayai mencecah lebih RM950 juta susulan sindiket penyeludupan besi buruk di lima negeri.

Perkara itu terbongkar selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan operasi khas Op Metal pada Isnin susulan sindiket ini dipercayai membayar rasuah kepada penguat kuasa.

Wartawan Khalis Khadir yang mengikuti operasi ini secara eksklusif ada laporannya.